Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sidang Kemuncak Asean Ke 46 Simulasi Tumpu Pergerakan Konvoi Kenderaan Pemimpin

Published: 22 May 2025 4.06 AM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Kuala Lumpur, 22 Mei 2025 - Latihan simulasi keselamatan sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dijalankan Polis Diraja Malaysia semalam, menumpukan pergerakan konvoi kenderaan delegasi dan pemimpin negara ASEAN.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sidang-kemuncak-asean-ke-46-simulasi-tumpu-pergerakan-konvoi-kenderaan-pemimpin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:52 MYT

Kuala Lumpur, 22 Mei 2025 - Latihan simulasi keselamatan sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dijalankan Polis Diraja Malaysia semalam, menumpukan pergerakan konvoi kenderaan delegasi dan pemimpin negara ASEAN.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati simulasi dilaksanakan mengambil kira waktu sebenar pergerakan pada program berlangsung dua hari bermula Isnin ini.

Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM Bukit Aman, DCP M.V Srikumar Madhavan Nair berkata, lebih 6,200 pegawai dan anggota ditugaskan sepanjang sidang kemuncak berlangsung dengan jumlah penugasan dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

"Selain kawalan laluan, anggota turut ditempatkan untuk memantau pergerakan dan persiapan keselamatan termasuk aspek pengesanan logam (metal detector) dan pengecaman wajah (facial recognition),” katanya ketika ditemui semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

Mungkin imej 6 orang dan teks

ArticlePublished 22 May 2025 4.06 AMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM