
Article
Keratan Akhbar Pilihan Siasat Saya Dan Keluarga Jika Tak Betul Timbalan Kpn
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 – “Pelbagai tohmahan dan tuduhan dibuat kepada saya. Jika benar, sila siasat dan siasat juga semua ahli keluarga saya”.
Kuala Lumpur, 8 Disember 2023 – “Pelbagai tohmahan dan tuduhan dibuat kepada saya. Jika benar, sila siasat dan siasat juga semua ahli keluarga saya”.
Demikian tegas Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berhubung amanah dan tanggungjawab yang dipikul olehnya bagi melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
Ujarnya, menjawat sesuatu jawatan sama ada kecil atau besar adalah satu amanah, sekiranya ia disalah guna atau mudah “dibeli” oleh pihak tertentu maka negara akan musnah kerana kecuaian tersebut.
“Setiap orang perlu komited dan konsisten dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, selain berusaha untuk berubah kepada kebaikan.
“Tanam iltizam hendak buat perubahan. Tidak perlu ambil pusing (peduli) dengan apa yang orang kata kerana saya tidak peduli.
“Sebab itu jika ada tohmahan atau tuduhan dibuat kepada saya, jika tidak betul sila siasat dan ambil tindakan. Saya tidak ada masalah," katanya di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian apabila dijemput sebagai panel forum integriti sempena Sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia 2023 dengan tema “Bukan Lupa Tapi Tak Ingat''.