Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Serangan Balai Polis Ulu Tiram Sakit Kesan Tembakan Masih Terasa

Published: 23 Aug 2024 4.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sarjan Mohd Hasif merupakan satu-satunya anggota polis yang terselamat dalam tragedi yang mengorbankan dua anggota yang juga rakannya, Allahyarham Koperal Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Koperal Muhammad Syafiq Ahmad Said.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-serangan-balai-polis-ulu-tiram-sakit-kesan-tembakan-masih-terasa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Kota Tinggi, 23 Ogos 2024 - Insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lalu masih sukar dilupakan Sarjan Mohd Hasif Roslan, 38.

Sarjan Mohd Hasif merupakan satu-satunya anggota polis yang terselamat dalam tragedi yang mengorbankan dua anggota yang juga rakannya, Allahyarham Koperal Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Koperal Muhammad Syafiq Ahmad Said.

Dalam kejadian itu, Sarjan Mohd Hasif cedera di bahagian bahu dan pinggul kiri ketika berbalas tembakan penyerang dalam insiden tersebut.

Sarjan Mohd Hasif berkata, selepas hampir empat bulan peristiwa itu berlaku, dia masih lagi merasa sakit terutama bahagian kiri bahunya akibat ditembak.

“Ada masanya, saya terkenang detik hitam itu. Bagaimanapun dorongan dan sokongan keluarga dan rakan sekerja membangkitkan semangat saya untuk terus bersama Polis Diraja Malaysia dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Kesan tembakan yang menembusi bahu dan pinggul itu masih terasa kebas dan bisanya, bila hendak sarung pakaian atau bergerak kadang-kadang terasa sakitnya.

“Saya kuatkan semangat melawan keadaan itu, kini keadaan kesihatan saya sudah mencapai tahap 75 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) kepada anggota tercedera dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada Khamis.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 6 people and text
ArticlePublished 23 Aug 2024 4.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM