Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Serang Polis Guna Spanar Elak Ditahan

Published: 06 Oct 2024 2.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bachok, 6 Oktober 2024 - Takut ditahan polis kerana menunggang motosikal curi, seorang lelaki bertindak mencederakan anggota polis menggunakan spanar di Simpang Empat Repek, tengah malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-serang-polis-guna-spanar-elak-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:38 MYT
Bachok, 6 Oktober 2024 - Takut ditahan polis kerana menunggang motosikal curi, seorang lelaki bertindak mencederakan anggota polis menggunakan spanar di Simpang Empat Repek, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, suspek berusia 24 tahun yang menunggang motosikal EX5 melalui sekatan jalan raya (SJR) membuat pusingan U untuk melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, dua anggota polis Unit Ronda Bermotosikal, Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok mengejar suspek sehingga dua kilometer sebelum suspek terbabas ke dalam semak di kawasan Kampung Hujung Repek.

“Ketika cuba ditahan, berlaku sedikit pergelutan apabila suspek menendang dan mencederakan salah seorang anggota menggunakan spanar.

“Bagaimanapun suspek berjaya ditahan dan spanar turut dirampas,” katanya dalam kenyataan.

Superintenden Mohamad Ismail berkata, hasil semakan lanjut mendapati, suspek menunggang motosikal curi berdasarkan nombor casis motosikal yang dilaporkan hilang berkait laporan di Balai Polis Besut, Terengganu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
 
ArticlePublished 06 Oct 2024 2.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM