Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sempadan Terbuka Malaysia Thailand Di Kelantan Cabaran Penugasan Pga

Published: 05 Nov 2023 5.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 5 November 2023 - Sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini yang disifatkan ‘terbuka’ tanpa sebarang tembok penghadang menjadi salah satu cabaran perlu dihadapi anggota Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam melaksanakan kawalan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sempadan-terbuka-malaysia-thailand-di-kelantan-cabaran-penugasan-pga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT
Kota Bharu, 5 November 2023 - Sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini yang disifatkan ‘terbuka’ tanpa sebarang tembok penghadang menjadi salah satu cabaran perlu dihadapi anggota Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam melaksanakan kawalan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Komandernya, SAC Sheik Azhar Sheik Omar berkata, kawalan sempadan negara sentiasa diperketatkan walaupun berdepan dengan cabaran itu.
“Sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan hanya dipisahkan oleh Sungai Golok yang berjarak kira-kira 50 meter. Pada musim kemarau, ada sesetengah kawasan boleh dilalui dengan hanya berjalan kaki kerana air cetek.

“Bila musim tengkujuh, semua kawasan daratan akan bertukar menjadi ‘lautan’ disebabkan oleh limpahan air Sungai Golok.
“Situasi itu menyebabkan penyeludup akan mengambil kesempatan untuk melakukan kegiatan haram mereka, jadi itu antara cabaran penugasan kami di sempadan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

 
ArticlePublished 05 Nov 2023 5.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM