Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Seks Bawah Umur 90 Kes Suka Sama Suka

Published: 29 Nov 2023 1.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Perasaan teruja untuk meniru perilaku seksual yang dianggap sebagai trend terkini mendorong ramai remaja dan kanak-kanak sudah berasa tidak malu atau takut untuk melakukan hubungan seks.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-seks-bawah-umur-90-kes-suka-sama-suka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT
Kuala Lumpur, 29 November 2023 - Perasaan teruja untuk meniru perilaku seksual yang dianggap sebagai trend terkini mendorong ramai remaja dan kanak-kanak sudah berasa tidak malu atau takut untuk melakukan hubungan seks.

Lebih membimbangkan, ada dalam kalangan mereka sudah berani untuk melakukan hubungan seks seawal usia 10 tahun.

Selain itu, lebih 90 peratus kes rogol remaja bawah umur yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia berlaku atas dasar suka sama suka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata, sebanyak 5,549 kes rogol remaja bawah umur direkodkan bagi tempoh 2019 hingga Julai lalu.

“Sebanyak 5,506 kes direkodkan adalah atas dasar suka sama suka dengan umur mangsa paling muda dilaporkan berusia 10 tahun.

“Daripada jumlah kes itu, sebanyak 1,472 kes mangsa rogol bawah umur dilaporkan hamil.

“Berdasarkan jumlah ini, kita nampak trend membabitkan kes rogol semakin meningkat dengan purata lebih 1,000 kes direkodkan setiap tahun jika dicampur dengan kes rogol secara paksa dan lain-lain,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of text

May be an image of 2 people and text that says 'Berlaku seawal pertemuan pertama Kuala Lumpur: Ka- remaja bawah anak remaja di- 'kantoi hamil anpa kes
 
ArticlePublished 29 Nov 2023 1.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM