Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Usah Layan Panggilan Individu Meragukan

Diterbitkan: 01 Oct 2020 8.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Oktober 2020 - Jangan layan panggilan diterima daripada individu tidak dikenali dan meragukan adalah langkah mudah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-usah-layan-panggilan-individu-meragukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2020 - Jangan layan panggilan diterima daripada individu tidak dikenali dan meragukan adalah langkah mudah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Zainuddin Yaacob berkata, mana-mana pihak yang mahu menghubungi seseorang atas urusan penting pasti akan melakukan pengesanan untuk berjumpa secara bersemuka.

"Dalam mana-mana urusan penting, pastinya kehadiran individu berkenaan diperlukan seperti untuk menandatangani dokumen. Justeru, jangan layan panggilan meragukan terutama yang mengarahkan untuk membuat pemindahan wang.

"Orang ramai perlu sentiasa ingat bahawa agensi kerajaan dan institusi perbankan tidak akan sama sekali menggunakan akaun individu untuk melakukan urusan pemindahan wang," katanya di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini.

Beliau berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana individu tidak dikenali.

AWAS! Jangan dedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana individu tidak dikenali. Anda dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik yang digunakan dan sentiasa berwaspada sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Laporkan sebarang kejadian jenayah kolar putih di talian 013-2111222.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Usah Layan Panggilan Individu Meragukan

ArtikelDiterbitkan 01 Oct 2020 8.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM