Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sarjan Bersara Mahat Raman Kongsi Pengalaman Bertempur Dengan Komunis

Diterbitkan: 24 Oct 2020 7.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sarjan (Bersara) Mahat Raman, 70, yang mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Ogos 1969, berkongsi pengalamannya bertempur dengan pihak komunis di sebuah perkampungan di Selatan Thailand pada tahun 1970.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sarjan-bersara-mahat-raman-kongsi-pengalaman-bertempur-dengan-komunis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:29 MYT

Sarjan (Bersara) Mahat Raman, 70, yang mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Ogos 1969, berkongsi pengalamannya bertempur dengan pihak komunis di sebuah perkampungan di Selatan Thailand pada tahun 1970.

Mengimbau kembali pertempuran di Kampung Payomas Lobak Lusak itu, Sarjan (Bersara) Mahat berkata, pasukannya telah mendapat arahan untuk terlibat dalam Op Chayo iaitu menyiasat kes pembunuhan ketua kampung di kawasan berkenaan.

“Ia merupakan operasi pertama saya dalam Pasukan Polis Hutan bersama beberapa polis Thailand dan seorang penunjuk jalan (bekas komunis).

“Kami meredah hutan, masa perjalanan dari “base” ke kampung itu pula adalah setengah jam,” katanya.

Menurutnya dia tiba-tiba terdengar bunyi siulan ketika pasukannya sedang mendaki bukit berhampiran kampung itu.

“Salah seorang anggota yang dikenali sebagai Koperal Poncho segera memberi isyarat kepada anggota pasukan supaya berjaga-jaga kerana bunyi siulan itu adalah daripada musuh.

Pasukannya kemudian telah dihujani peluru tembakan pengganas komunis.

“Saya ternampak penunjuk jalan terkena tembakan di kakinya, saya pula cari “cover” untuk mengelak daripada terkena tembakan musuh,” katanya.

Beliau berkata, keadaan kemudian kembali sunyi, namun tiba-tiba terdengar jeritan salah seorang musuh yang mengarahkan anggota polis Malaysia berundur dan meninggalkan anggota polis Thailand.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian berikut.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 7 people, text that says 'Mahat kongsi galaman tidak dapat dilupakan bersama pemimpin kanan PKM Rashid Maidin bawa bom ke hospital tidak
Image may contain: 2 people, text that says 'membuat clearance. dihantar TRIVIA meninggalkan Ponchoke 'katanya. lan- sekali ln Siasatan polise sehingg
ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2020 7.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM