Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Suami Terbunuh Diserang Komunis

Published: 07 Sep 2021 3.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pontian, 7 September 2021 - Detik manis perkahwinan disusuli dengan kehadiran cahaya mata pengikat kasih sayang hancur berkecai apabila suaminya dibunuh oleh pengganas komunis pada pagi 17 Jun 1978.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sambutan-hari-kebangsaan-2021-suami-terbunuh-diserang-komunis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:16 MYT
Pontian, 7 September 2021 - Detik manis perkahwinan disusuli dengan kehadiran cahaya mata pengikat kasih sayang hancur berkecai apabila suaminya dibunuh oleh pengganas komunis pada pagi 17 Jun 1978.

Detik hitam itu kekal dalam ingatan Puan Lassiam Wartu, 68, sehingga hari ini yang ketika itu dia baru beberapa hari melahirkan anak sulung di rumah ibunya di Kampung Kayu Ara Pasong, di sini.

Dalam serangan hendap itu, suaminya Allahyarham Inspektor Mohd. Rashid Amran ketika itu berumur 25 tahun, terbunuh bersama empat lagi anggota Batalion 8, Pasukan Polis Hutan (PPH) Simpang Renggam setelah bertempur dengan seramai 20 orang komunis dalam satu operasi di Kroh, Ulu Perak.

Ketika ditemui di rumahnya, bekas Ketua Pembantu Tadbir Jabatan Imigresen mengakui dirinya masih terkesan dengan kehilangan orang tersayang itu. Katanya, arwah suaminya sempat menatap anak perempuannya, Azma Sarmiza yang ketika itu berusia 14 hari sebelum kembali bertugas dan menyertai operasi yang mengorbankan nyawa suaminya.

"Jantung ini seakan-akan hendak gugur apabila diberitahu suami saya terbunuh dalam serangan tersebut dan seperti tidak percaya kejadian tersebut berlaku kepada arwah yang baru sahaja bergelar bapa.

"Bayi ini (Azma Sarmiza) masih merah lagi, belum sempat menatap wajah ayahnya tetapi tindakan kejam komunis telah memisahkannya dengan bapanya buat selama-lamanya," ujarnya sebak mengimbas kembali kejadian tersebut 43 tahun lalu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 1 person and text that says 'Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 MALAYSIA PRIHATIN Suami terbunuh diserang komunis MUHAMMAD
ArticlePublished 07 Sep 2021 3.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM