Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Sambut Lebaran Di Pos Kawalan

Diterbitkan: 24 Mar 2026 8.57 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.48 PM
Kuala Lumpur, 24 Mac 2026 - Tatkala kebanyakan rakyat Malaysia sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pula reda menyambut lebaran di pos kawalan demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-sambut-lebaran-di-pos-kawalan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:46 MYT

Kuala Lumpur, 24 Mac 2026 - Tatkala kebanyakan rakyat Malaysia sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) pula reda menyambut lebaran di pos kawalan demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

Koperal Hafizuddin Jawat, 39 tahun, berkata, Aidilfitri tahun ini sekali lagi diraikan jauh dari keluarga apabila dia ditugaskan di Pos Bukit Tinjau PGA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bermula 1 Mac hingga 1 April depan.

“Aidilfitri ini tahun ketiga saya tidak pulang beraya, memang sambut di sini sahaja bersama rakan setugas,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun berjauhan, dia tetap mengubat rindu terhadap isteri dan dua anaknya melalui panggilan video pada pagi Syawal.

“Memang rindu, tapi ini sebahagian daripada pengorbanan saya sebagai anggota polis,” jelasnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 24 Mar 2026 8.57 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.48 PM