Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Saman Trafik Tertunggak Rm6 5 Bilion Sejak 1990

Published: 08 Nov 2024 2.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 8 November 2024 - Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat lebih 43.5 juta saman berdaftar membabitkan nilai RM6.5 bilion masih tertunggak dan belum dijelaskan sejak 1990 sehingga 6 November lalu, di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-saman-trafik-tertunggak-rm6-5-bilion-sejak-1990
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:21 MYT
Kuala Lumpur, 8 November 2024 - Rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat lebih 43.5 juta saman berdaftar membabitkan nilai RM6.5 bilion masih tertunggak dan belum dijelaskan sejak 1990 sehingga 6 November lalu, di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, jumlah saman tertunggak itu adalah 33 peratus daripada jumlah keseluruhan saman berdaftar yang direkodkan untuk tempoh sama.

Katanya, secara keseluruhan rekod PDRM menunjukkan sepanjang tempoh dari 1990 hingga 6 November lalu, sebanyak 135,915,377 saman didaftarkan membabitkan nilai lebih RM20.38 bilion.

“Daripada jumlah itu, 67 peratus atau 92,317,493 saman berdaftar membabitkan nilai RM8.56 bilion sudah dijelaskan.

“Bagaimanapun, 33 peratus lagi atau 43,597,884 saman berdaftar belum dijelaskan membabitkan nilai RM6.53 bilion, ” katanya selepas melakukan lawatan pelaksanaan Program Tawaran Semakan dan Bayaran Saman Sehingga 50 peratus, di Balai Polis Trafik Tun H.S Lee, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 6 people and text
ArticlePublished 08 Nov 2024 2.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM