Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Saman Kenderaan Asing Kekal Tertunggak Pengarah Jspt

Diterbitkan: 01 Mar 2025 8.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 1 Mac 2025 - Sebanyak 49,598 saman dikeluarkan bagi tempoh tiga tahun dari 2022 hingga November tahun lalu dengan 41,005 saman masih belum dijelaskan dengan anggaran jutaan ringgit.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-saman-kenderaan-asing-kekal-tertunggak-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:56 MYT
Kuala Lumpur, 1 Mac 2025 - Sebanyak 49,598 saman dikeluarkan bagi tempoh tiga tahun dari 2022 hingga November tahun lalu dengan 41,005 saman masih belum dijelaskan dengan anggaran jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, negara tertinggi dikeluarkan saman adalah Singapura iaitu sebanyak 33,033 saman dengan 28,642 saman masih belum dijelaskan diikuti Thailand sebanyak 7,725 saman dengan 6,589 belum dibayar.

Menurutnya, Brunei berada di kedudukan ketiga negara dikenakan saman iaitu 5,917 dengan 3,721 saman belum dijelaskan manakala Indonesia sebanyak 772 saman dan 585 belum dijelaskan.

“Lain-lain negara 2,151 saman dengan 1,468 belum dijelaskan lagi di mana daripada 49,598 saman dikeluarkan hanya 8,593 sahaja dijelaskan dalam tempoh tiga tahun itu.
“Pandu laju merekodkan kesalahan tertinggi dilakukan warga asing iaitu 33,226 saman, abai isyarat lalu lintas (4,576), halangan lalu lintas (3,514), potong Q (2,022) dan lain-lain kesalahan (8,370),” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'SAMAN KENDERAAN ASING KEKAL TERTUNGGAK 49,598 598 SAMAN, 8,593 AJE BAYAR Yusmizal dengan anggaran jutaan Aling, ingggit.   May be an image of 2 people and text  
ArtikelDiterbitkan 01 Mar 2025 8.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM