Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rugi Rm1 22 Bilion Akibat Jenayah Siber Kpn

Diterbitkan: 27 Aug 2025 7.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 - Lebih RM1.22 bilion kerugian direkodkan akibat jenayah siber dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rugi-rm1-22-bilion-akibat-jenayah-siber-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 - Lebih RM1.22 bilion kerugian direkodkan akibat jenayah siber dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.

Menurutnya, antara jenayah yang dikesan melibatkan penipuan kewangan, penipuan dalam talian, manipulasi identiti serta pencerobohan data secara haram.
Menurutnya, CyberSecurity Malaysia melaporkan lebih 5,900 insiden pada 2023 termasuk 3,705 kes penipuan.

“Terdapat peningkatan yang mengejutkan sebanyak 1,100 peratus dalam laporan kebocoran data berbanding tahun sebelumnya.

“Angka ini menonjolkan kesan sebenar, gangguan ekonomi dan kehilangan kepercayaan terhadap ekosistem digital,” katanya dalam Siri Dialog Khas III Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianjurkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, PDRM akan melaksanakan kecerdasan buatan (AI) dalam pentadbiran dan pengurusan serta penugasan bagi meningkatkan keupayaan menangani jenayah siber.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


ArtikelDiterbitkan 27 Aug 2025 7.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM