Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Roti Kurma Menu Ringkas Sahur Petugas Barisan Hadapan

Diterbitkan: 09 Mar 2026 7.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Gua Musang, 9 Mac 2026 - Roti, kurma dan nasi bungkus menjadi hidangan ringkas bagi petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas ketika waktu sahur sepanjang Ramadan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-roti-kurma-menu-ringkas-sahur-petugas-barisan-hadapan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:01 MYT
 
Gua Musang, 9 Mac 2026 - Roti, kurma dan nasi bungkus menjadi hidangan ringkas bagi petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas ketika waktu sahur sepanjang Ramadan.

Seorang anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Zamri Mohd. Ghazali, 37, berkata, dia sudah 11 tahun bertugas di daerah ini dan terbiasa dengan rutin bersahur ketika bertugas.

Katanya, walaupun jarang dapat bersahur bersama keluarga, namun tanggungjawab terhadap tugas tetap menjadi keutamaan.

“Juadah sahur biasanya ringkas sahaja seperti roti, kurma dan nasi bungkus. Kadang-kadang kami bersahur di pejabat atau di lapangan ketika bertugas.

“Alhamdulillah, apabila ada pihak yang menghantar makanan sahur atau berbuka, kami sangat menghargainya kerana masa bertugas agak terhad," katanya selepas menerima makanan sahur sempena Program Singgah Sahur di IPD Gua Musang di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 09 Mar 2026 7.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM