Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rokok Seludup Rm6 3 Juta Dirampas

Diterbitkan: 09 Oct 2020 4.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan kegiatan sindiket rokok seludup dengan merampas 836 kotak rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM6.3 juta dalam dua serbuan berasingan semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rokok-seludup-rm6-3-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:19 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: ROKOK SELUDUP RM6.3 JUTA DIRAMPAS

Johor Bahru, 9 Oktober 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan kegiatan sindiket rokok seludup dengan merampas 836 kotak rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM6.3 juta dalam dua serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini merupakan rampasan rokok tidak bercukai terbesar dilakukan di negeri itu pada tahun ini.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan kira-kira pukul 3 petang di kawasan Plaza Tol Kempas ke atas sebuah lori dan menahan pemandu berusia 45 tahun.

Katanya, pemeriksaan lanjut menjumpai 420 kotak mengandungi 4.2 juta batang rokok pelbagai jenama.

"Serbuan kedua pukul 5.40 petang di kawasan Bumi Hijau Pandan, di sini merampas 416 kotak rokok seludup pelbagai jenama seperti Zon King, AXR, U2 dan Canyon.

"Dalam operasi itu, kita juga menahan pemandu lori berusia 48 tahun.

"Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM6.3 juta (termasuk cukai)," katanya pada sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

Keratan Akhbar Pilihan Rokok Seludup Rm6 3 Juta Dirampas
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 09 Oct 2020 4.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM