Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rokok Seludup Bernilai Hampir Rm1 5 Juta Dirampas

Diterbitkan: 10 Feb 2022 3.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Serbuan sekitar jam 8 malam itu dilakukan bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menerusi Op Kontraban.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rokok-seludup-bernilai-hampir-rm1-5-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:02 MYT
Ipoh, 10 Februari 2022 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas rokok seludup bernilai hampir RM1.5 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah di Pasir Puteh di Ipoh pada Selasa.

Serbuan sekitar jam 8 malam itu dilakukan bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menerusi Op Kontraban.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Tuan Shamsol Kassim berkata, pemeriksaan ke atas rumah tidak berpenghuni itu menemui 10,160 karton rokok pelbagai jenama.

Menurutnya, hasil risikan mendapati rumah terbabit dijadikan tempat penyimpanan rokok tanpa cukai.

"Setelah membuat pemantauan selama 24 jam, tiada individu yang tampil ke rumah tersebut.

Kejadian itu memaksa polis bertindak memecahkan kunci pintu belakang premis bagi tujuan siasatan dan pemeriksaan lanjut menemui 199 kotak mengandungi rokok seludup," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 10 Feb 2022 3.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM