Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Rm216 Juta Kontraban Seludup Dirampas

Published: 25 Dec 2024 3.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Klang, 25 Disember 2024 - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sejumlah barangan kontraban seludup bernilai RM216 juta dalam tempoh 11 bulan tahun ini sepanjang perairan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rm216-juta-kontraban-seludup-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:00 MYT
Klang, 25 Disember 2024 - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sejumlah barangan kontraban seludup bernilai RM216 juta dalam tempoh 11 bulan tahun ini sepanjang perairan negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim berkata, nilai rampasan melibatkan rokok, minuman keras, petrol, diesel dan minyak masak diperoleh menerusi 7,756 operasi dilakukan PPM dalam tempoh sama.
“Saya lihat PPM sedang melakukan tugas dengan begitu baik dalam menjaga perairan negara.

"Saya harap kecemerlangan dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada masa akan datang," katanya.

Dato' Sri Azmi menegaskan, cabaran yang dihadapi oleh pasukan berkenaan ketika ini adalah dari segi kekurangan aset serta kekurangan penggunaan teknologi terkini dalam menjaga perairan negara.

Justeru, beliau memaklumkan, penggunaan teknologi terkini yang mempunyai kecerdasan buatan sangat penting supaya tugas menjaga perairan negara dapat dilaksanakan lebih baik oleh PPM.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text that says 'Τεντηα KOMANDIR DAN PENGERUSI PASUH PDRM (tengah) kepada Kassim Wilayah Pelabuhan Klang, Klang semala


ArticlePublished 25 Dec 2024 3.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM