Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Remaja Muat Naik Video Maki Polis Ditahan

Diterbitkan: 03 Dec 2023 3.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bagan Serai, 3 Disember 2023 - Tindakan seorang remaja lelaki yang tidak berpuas hati dengan polis dan memuat naik video kata-kata kesat serta menuduh polis menerima wang di aplikasi TikTok, mengundang padah apabila ditahan Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-remaja-muat-naik-video-maki-polis-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:10 MYT
Bagan Serai, 3 Disember 2023 - Tindakan seorang remaja lelaki yang tidak berpuas hati dengan polis dan memuat naik video kata-kata kesat serta menuduh polis menerima wang di aplikasi TikTok, mengundang padah apabila ditahan Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video tular itu Rabu lalu.

Katanya, suspek berusia 14 tahun dan rakannya berusia 17 yang memuat naik video itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek pernah ditahan sebelum ini atas beberapa kesalahan jenayah.

“Polis menasihatkan orang ramai idak bertindak melulu dan mengikut perasaan atas kesalahan dilakukan.

“Sekiranya tidak berpuas hati dengan tindakan dikenakan, mereka boleh menggunakan saluran undang-undang yang betul bagi memastikan tiada kesalahan lain dilakukan serta menggugat institusi penguatkuasaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 03 Dec 2023 3.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM