
Article
Keratan Akhbar Pilihan Remaja Muat Naik Video Maki Polis Ditahan
Bagan Serai, 3 Disember 2023 - Tindakan seorang remaja lelaki yang tidak berpuas hati dengan polis dan memuat naik video kata-kata kesat serta menuduh polis me...
Bagan Serai, 3 Disember 2023 - Tindakan seorang remaja lelaki yang tidak berpuas hati dengan polis dan memuat naik video kata-kata kesat serta menuduh polis menerima wang di aplikasi TikTok, mengundang padah apabila ditahan Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video tular itu Rabu lalu.
“Siasatan mendapati suspek pernah ditahan sebelum ini atas beberapa kesalahan jenayah.
“Polis menasihatkan orang ramai idak bertindak melulu dan mengikut perasaan atas kesalahan dilakukan.
“Sekiranya tidak berpuas hati dengan tindakan dikenakan, mereka boleh menggunakan saluran undang-undang yang betul bagi memastikan tiada kesalahan lain dilakukan serta menggugat institusi penguatkuasaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab,” katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.