Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Remaja Menyamar Inspektor Ramdan Ditahan

Published: 03 Feb 2020 2.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Padah menyamar Inspektor polis, seorang remaja lelaki 19 tahun ditahan selepas menghampiri dua anggota polis yang sedang membuat tugasan pemantau dan pencegahan samseng jalanan di Kilometer 19, Jalan Kluang di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-remaja-menyamar-inspektor-ramdan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:54 MYT

Batu Pahat, 3 Februari 2020 - Padah menyamar Inspektor polis, seorang remaja lelaki 19 tahun ditahan selepas menghampiri dua anggota polis yang sedang membuat tugasan pemantau dan pencegahan samseng jalanan di Kilometer 19, Jalan Kluang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, remaja berkenaan yang lengkap seragam polis itu menghampiri dua anggota terbabit dan memperkenalkan diri sebagai Inspektor Ramdan dari Cawangan Risikan Operasi Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Runggai berkata, suspek yang menunggang motosikal Honda EX5 itu memberitahu anggota berpangkat Sarjan dan Lans Koperal terbabit dia sedang menjalankan tugas risikan kegiatan lumba haram di kawasan Parit Raja.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

No photo description available.
ArticlePublished 03 Feb 2020 2.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM