Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Remaja Guna Triton Abang Bawa Pati Kena Tahan

Diterbitkan: 23 Apr 2026 4.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 23 April 2026 - Tindakan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bertindak sebagai 'tekong darat' demi upah RM100 bagi setiap pendatang tanpa izin (PATI) dibawa masuk membawa padah apabila dia ditahan polis di sebuah rumah Kampung Bunohan, Tumpat, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-remaja-guna-triton-abang-bawa-pati-kena-tahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:00 MYT
 
Kota Bharu, 23 April 2026 - Tindakan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bertindak sebagai 'tekong darat' demi upah RM100 bagi setiap pendatang tanpa izin (PATI) dibawa masuk membawa padah apabila dia ditahan polis di sebuah rumah Kampung Bunohan, Tumpat, kelmarin.

Lebih mengejutkan, remaja didapati positif dadah itu sanggup menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton milik abangnya secara senyap-senyap untuk menyeludup pendatang asing dari sempadan ke Stesen Bas Kota Bharu.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata terdahulu, anggota Batalion 9 PGA yang melakukan operasi kira-kira 11.30 malam telah mengekori kenderaan terbabit yang memecut laju sebelum berjaya memintasnya di Jalan Terbok-Kelaboran Belukar, Tumpat.

"Bagaimanapun, dua lelaki berjaya melarikan diri manakala lima warga asing dijumpai bersembunyi di tempat duduk belakang.

"Hasil siasatan lanjut, pasukan operasi menyerbu sebuah rumah di Kampung Bunohan pada 4.00 pagi dan berjaya menahan remaja terbabit," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎text that says '‎indakan seorang REMAJA GUNA TRITON ABANG BAWA PATI KENA TAHAN Dapat RM100 jadi tekong darat Kota Bharu terdahulu,
ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2026 4.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM