Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ratusan Motor Diperiksa Polis Trafik Bukit Aman Kepung R R Seremban

Published: 22 Sep 2025 2.33 AM Updated: 15 Aug 2026 6.43 PM
Seremban, 22 September 2025 - Sebanyak 250 motosikal diperiksa pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam Op Motosikal di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan di sini, malam kelmarin. Operasi tersebut turut mendapat kerjasama PLUS Malaysia Berhad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ratusan-motor-diperiksa-polis-trafik-bukit-aman-kepung-r-r-seremban
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:18 MYT
Seremban, 22 September 2025 - Sebanyak 250 motosikal diperiksa pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam Op Motosikal di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan di sini, malam kelmarin. Operasi tersebut turut mendapat kerjasama PLUS Malaysia Berhad.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 513 saman membabitkan pelbagai kesalahan selain turut menyita 19 motosikal mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, kebanyakan individu yang diperiksa berusia bawah 25 tahun termasuk remaja dan pemeriksaan motosikal mendapati sebahagiannya diubah suai dan tidak menepati ciri keselamatan.

"Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada brek, tiada lampu, tiada nombor pendaftaran dan tiada lesen menandu yang mana ia juga antara punca kemalangan dan penyumbang statistik kematian akibat kemalangan motosikal.

"Alasan ubah suai motosikal yang diberikan mereka ini adalah kerana minat dan mahu mengikut trend, ada kawan-kawan ubah suai kenderaan jadi dia pun ada kenderaan (dan mahu juga buat ubah suai) selain remaja ini (hanya mahu) 'joy ride'," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'RATUSAN MOTOR DIPERIKSA POLIS TRAFIK BUKIT AMAN KEPUNG R&R SEREMBAN က HADIAH KAJAI NUGERAH 2024 TERTMA EWART KEWAR

May be an image of 7 people and text


ArticlePublished 22 Sep 2025 2.33 AMUpdated 15 Aug 2026 6.43 PM