Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rangka Pelan Banteras 10 Jenayah Rentas Sempadan

Diterbitkan: 28 Jun 2025 1.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 28 Jun 2025 - Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) ke-25 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung di Putrajaya menjadi platform dalam merangka pelan bagi membanteras 10 jenayah rentas sempadan yang membelenggu rantau ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rangka-pelan-banteras-10-jenayah-rentas-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:47 MYT
Kuala Lumpur, 28 Jun 2025 - Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) ke-25 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung di Putrajaya menjadi platform dalam merangka pelan bagi membanteras 10 jenayah rentas sempadan yang membelenggu rantau ini.

Setiausaha Bahagian Antarabangsa Kementerian Dalam Negeri, Encik Mohd Azlan Razali berkata, 10 jenayah rentas sempadan berkenaan antaranya jenayah keganasan, jenayah siber, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, pemerdagangan hidupan liar dan balak serta pengubahan wang haram.

Beliau berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan tuan rumah kepada mesyuarat berkenaan memainkan peranan yang amat signifikan dalam merangka pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi memperkukuh usaha memerangi jenayah rentas sempadan di peringkat serantau.

“Platform SOMTC membolehkan kita bergerak secara kolektif dan menyelaras tindakan di peringkat rantau ini dan domestik serta kerjasama dengan negara rakan dialog seperti Amerika Syarikat dan China turut memainkan peranan penting dalam aspek pemindahan pengetahuan dan teknologi,” katanya semalam.

SOMTC ke-25 menghimpunkan pegawai kanan ASEAN termasuk negara pemerhati Timor Leste dan dihadiri pegawai kanan daripada 10 negara rakan dialog antaranya Amerika Syarikat, China, United Kingdom dan Australia.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar dan pautan terbitan Harian Metro seperti di lampiran

May be an image of text that says 'MESYUARAT SOMTC KE-25 RANGKA PELAN BANTERAS 10 JENAYAH RENTAS SEMPADAN Bernama nayah siber, pemerdaga- kerjasama penyelu


ArtikelDiterbitkan 28 Jun 2025 1.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM