Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Rancang Tubuh Pasukan Petugas Khas Banteras Jenayah Pecah Rumah

Diterbitkan: 16 Jan 2024 6.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Polis Pulau Pinang merancang menubuhkan pasukan petugas khas dalam usaha membanteras jenayah harta benda, terutamanya membabitkan kes pecah rumah yang dilihat menunjukkan trend peningkatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rancang-tubuh-pasukan-petugas-khas-banteras-jenayah-pecah-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:06 MYT
Georgetown, 16 Januari 2024 - Polis Pulau Pinang merancang menubuhkan pasukan petugas khas dalam usaha membanteras jenayah harta benda, terutamanya membabitkan kes pecah rumah yang dilihat menunjukkan trend peningkatan.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin berkata, pasukan berkenaan akan memberi tumpuan kepada corak perlakuan jenayah, pada masa sama mengenal pasti kawasan panas yang menjadi sasaran penjenayah terbabit.

“Setakat ini, kita lihat hanya jenayah harta benda meningkat iaitu membabitkan kes pecah rumah di sekitar Timur Laut, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara.

“Justeru, kita beri tumpuan kepada kes yang meningkat dan akan wujudkan pasukan petugas khas. Fokusnya adalah berdasarkan taktik kes yang berlaku, masa dan kawasan panas kes sedemikian,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Dato’ Khaw meminta orang ramai supaya segera melaporkan kepada polis sekiranya mengesan kemunculan individu berkelakuan mencurigakan di kawasan perumahan mereka.

Beliau turut menasihati mereka yang berhasrat meninggalkan kediaman dalam tempoh lama, terutama menjelang musim perayaan ini, untuk melakukan persiapan awal termasuk menghentikan pembelian barang atau langganan berkala yang dihantar ke rumah buat sementara waktu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

May be an image of 3 people and text
ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2024 6.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM