
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Rancang Tubuh Pasukan Petugas Khas Banteras Jenayah Pecah Rumah
Polis Pulau Pinang merancang menubuhkan pasukan petugas khas dalam usaha membanteras jenayah harta benda, terutamanya membabitkan kes pecah rumah yang dilihat...
Georgetown, 16 Januari 2024 - Polis Pulau Pinang merancang menubuhkan pasukan petugas khas dalam usaha membanteras jenayah harta benda, terutamanya membabitkan kes pecah rumah yang dilihat menunjukkan trend peningkatan.
“Setakat ini, kita lihat hanya jenayah harta benda meningkat iaitu membabitkan kes pecah rumah di sekitar Timur Laut, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara.
“Justeru, kita beri tumpuan kepada kes yang meningkat dan akan wujudkan pasukan petugas khas. Fokusnya adalah berdasarkan taktik kes yang berlaku, masa dan kawasan panas kes sedemikian,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Dalam perkembangan sama, Dato’ Khaw meminta orang ramai supaya segera melaporkan kepada polis sekiranya mengesan kemunculan individu berkelakuan mencurigakan di kawasan perumahan mereka.
Beliau turut menasihati mereka yang berhasrat meninggalkan kediaman dalam tempoh lama, terutama menjelang musim perayaan ini, untuk melakukan persiapan awal termasuk menghentikan pembelian barang atau langganan berkala yang dihantar ke rumah buat sementara waktu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.