Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RAMPAS ROKOK TANPA CUKAI RM460,350

Diterbitkan: 24 Oct 2025 12.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Taiping, 23 Oktober 2025 - Jadikan kediaman di kawasan taman perumahan sebagai tempat menyimpan pelbagai rokok tanpa cukai kastam. Itu adalah taktik sindiket penyeludupan rokok yang dibongkar Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dalam serbuan di sini, kelmarin membabitkan nilai rampasan sebanyak RM460,350.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rampas-rokok-tanpa-cukai-rm460-350-20251024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT


Taiping, 23 Oktober 2025 - Jadikan kediaman di kawasan taman perumahan sebagai tempat menyimpan pelbagai rokok tanpa cukai kastam. Itu adalah taktik sindiket penyeludupan rokok yang dibongkar Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu dalam serbuan di sini, kelmarin membabitkan nilai rampasan sebanyak RM460,350.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Rusley Chi Ari berkata, dalam serbuan jam satu tengah hari itu, Unit Risikan Marin Markas Operasi PPM Kampung Acheh membuat serbuan di sebuah rumah tidak berpenghuni setelah membuat pemantauan selama 10 jam menerusi Op Kontraban.

Selepas menunggu dan tiada pergerakan yang mencurigakan memasuki kawasan rumah itu, pasukan menyerbu dan memeriksa kediaman terbabit sebelum menjumpai barangan iaitu rokok pelbagai jenis tanpa cukai kastam disimpan di atas lantai dalam bilik bahagian tengah dalam premis berkenaan.

Kesemua barang rampasan dibawa balik ke Balai Polis Kamunting untuk tindakan lanjut, katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, nilai rokok yang dirampas adalah RM232,500 manakala nilai cukai rokok sebanyak RM227,850 dengan nilai keseluruhan rampasan RM460,350.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, katanya.


Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 24 Oct 2025 12.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM