Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Rampas Isirung Kelapa Sawit Rm600 000

Published: 16 Jul 2026 3.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Lahad Datu, 16 Julai 2026 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lahad Datu merampas isirung kelapa sawit (kernel) dan beberapa aset bernilai lebih RM600,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan POIC, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rampas-isirung-kelapa-sawit-rm600-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:15 MYT
Lahad Datu, 16 Julai 2026 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lahad Datu merampas isirung kelapa sawit (kernel) dan beberapa aset bernilai lebih RM600,000 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan POIC, kelmarin.

Dalam operasi itu, beberapa pekerja dipercayai bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa, namun pihak berkuasa berjaya merampas sejumlah besar isirung kelapa sawit yang dipercayai disimpan tanpa lesen sah.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan dijalankan hasil kerjasama strategik antara PPM Wilayah 4 Sabah dan MPOB Lahad Datu bagi membanteras kegiatan penyimpanan serta pengendalian isirung kelapa sawit yang melanggar peruntukan undang-undang.

Beliau berkata, selain isirung kelapa sawit, pihaknya turut merampas beberapa aset dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan untuk membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582).

"PPM Wilayah 4 Sabah akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dalam usaha membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang bagi melindungi kepentingan industri komoditi negara," katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 16 Jul 2026 3.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM