Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ramai Tak Serik Terima Tawaran Kerja Di Luar Negara

Published: 02 Mar 2024 8.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Terpengaruh dengan tawaran menarik, termasuk dijanjikan gaji lumayan menyebabkan ada rakyat negara ini tidak serik untuk menerima tawaran bekerja di luar negara meskipun mereka pernah terkandas selepas ditipu
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ramai-tak-serik-terima-tawaran-kerja-di-luar-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:11 MYT
Kuching, 2 Mac 2024 - Terpengaruh dengan tawaran menarik, termasuk dijanjikan gaji lumayan menyebabkan ada rakyat negara ini tidak serik untuk menerima tawaran bekerja di luar negara meskipun mereka pernah terkandas selepas ditipu.

Timbalan Pengarah (Siasatan / Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato’ Rusdi Mohd Isa ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya mengesan 16 individu yang pernah menjadi mangsa penipuan pekerjaan, terkandas semula di luar negara.

Beliau berkata, kurang kesedaran serta mudah mempercayai janji menarik menyebabkan mereka sanggup mengambil risiko menerima tawaran sedemikian di beberapa negara.

“Kita mengenal pasti 16 individu terbabit pernah kita selamatkan dan dibawa balik ke Malaysia.

“Bagaimanapun, mereka kembali ke luar negara dan kini sekali lagi menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Kursus Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) yang disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Dato’ Rusdi berkata, 16 individu terbabit dikenal pasti kini terkandas di Dubai, Thailand, Amerika Syarikat, Kemboja, Singapura, Vietnam, Australia dan Filipina.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 2 people, slow loris and text that says 'NAK ATA RAWAK 'Ramai tak serik terima tawaran kerja di luar negara' Polis kesan 16 Bu

ArticlePublished 02 Mar 2024 8.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM