Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Rakyat Singapura Hutang Rm30 Juta

Published: 07 Jun 2021 5.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 7 Jun 2021 - Rakyat Singapura masih berhutang lebih RM30 juta dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran kedegilan mereka untuk melunaskan 108,798 saman tertunggak yang dilakukan sejak 2016 hingga Mac lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-rakyat-singapura-hutang-rm30-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:59 MYT

Kuala Lumpur, 7 Jun 2021 - Rakyat Singapura masih berhutang lebih RM30 juta dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran kedegilan mereka untuk melunaskan 108,798 saman tertunggak yang dilakukan sejak 2016 hingga Mac lalu.

Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan, Kawalan Lalu Lintas, Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, SAC Dato' Mohd Nadzri Hussain berkata, antara kesalahan tertinggi dilakukan ialah memandu melebihi had laju.

Katanya, untuk kesalahan itu, sebanyak 7,371 saman atau bersamaan 5.1 peratus daripada keseluruhan saman yang dikeluarkan meliputi pelbagai kesalahan lain.

Tambahnya, PDRM mempunyai kuasa untuk menahan rakyat Singapura yang mempunyai saman Pol.170A dan menukarkan status saman berkenaan kepada notis saman Pol.257 dengan menetapkan tarikh perbicaraan terhadap pesalah.

Menurut Dato' Mohd Nadzri, rakyat Singapura yang mempunyai saman tertunggak boleh dihalang keluar dari negara ini. Sekiranya gagal hadir ke mahkamah, mereka akan dikenakan waran tangkap

"Antara kekangan yang kita hadapi untuk menjejaki pesalah trafik itu ialah ketiadaan maklumat (alamat). Kita tidak dapat akses kerana perbezaan undang-undang," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman, baru-baru ini.


Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

Sumber: Kosmo Online

May be an image of car and text that says 'Rakyat Singapura hutang RM30 juta Tiada maklumat, sempadan ditutup antara kekangan dihadapi Bukit Aman ANGGOTA J
May be an image of 1 person, standing, sitting and text that says 'Warga seberang tambak ada saman tertunggak boleh dihalang keluar Malaysia Rakyat Singapu
ArticlePublished 07 Jun 2021 5.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM