Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Gelombang Luar Biasa Pada Hari Pertama

Diterbitkan: 09 Dec 2023 2.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Hari pertama Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Bukit Jalil semalam menyaksikan gelombang luar biasa dengan kehadiran ribuan pengunjung.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-program-setahun-bersama-kerajaan-madani-gelombang-luar-biasa-pada-hari-pertama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:30 MYT
Kuala Lumpur, 9 Disember 2023 - Hari pertama Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Bukit Jalil semalam menyaksikan gelombang luar biasa dengan kehadiran ribuan pengunjung.

Tinjauan Berita Harian mendapati kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar jalan memasuki Bukit Jalil menjelang tirai program dibuka jam 9 pagi, dengan ruang parkir disediakan turut penuh kira-kira sejam kemudian.

Sudah tentu kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus antara mendapat sambutan dengan orang ramai dilihat beratur seawal jam 7 pagi lagi, meskipun kaunter hanya dibuka dua jam kemudian.

Selain PDRM, kaunter bergerak disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia turut menjadi tumpuan ramai dengan lebih 3,000 nombor giliran dikeluarkan setakat jam 11 pagi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut menawarkan kadar khas bagi penyelesaian notis tertunggak termasuk kesalahan trafik dan kesalahan am.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 6 people, slow loris and text that says 'JUALAN MEGA MADANI LNMRH న Gelombang luar biasa pada hari pertama Sitahun Bersama Kergjaan MA
ArtikelDiterbitkan 09 Dec 2023 2.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM