
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Gelombang Luar Biasa Pada Hari Pertama
Hari pertama Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Bukit Jalil semalam menyaksikan gelombang luar biasa dengan kehadiran ribuan pengunj...
Kuala Lumpur, 9 Disember 2023 - Hari pertama Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Bukit Jalil semalam menyaksikan gelombang luar biasa dengan kehadiran ribuan pengunjung.
Sudah tentu kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus antara mendapat sambutan dengan orang ramai dilihat beratur seawal jam 7 pagi lagi, meskipun kaunter hanya dibuka dua jam kemudian.
Selain PDRM, kaunter bergerak disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia turut menjadi tumpuan ramai dengan lebih 3,000 nombor giliran dikeluarkan setakat jam 11 pagi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut menawarkan kadar khas bagi penyelesaian notis tertunggak termasuk kesalahan trafik dan kesalahan am.