Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani Diskaun Saman 7 000 Orang Serbu Kaunter Trafik Pdrm

Published: 09 Dec 2023 6.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Menurut jurucakap PDRM,sehingga petang Jumaat dianggarkan 6,000 hingga 7,000 orang telah datang ke kaunter berkenaan untuk melunaskan pembayaran saman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-program-setahun-bersama-kerajaan-madani-diskaun-saman-7-000-orang-serbu-kaunter-trafik-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:38 MYT
Kuala Lumpur, 9 Disember 2023 - Kaunter pembayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sempena program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diserbu ribuan pengunjung pada hari pertama dibuka.

Menurut jurucakap PDRM,sehingga petang Jumaat dianggarkan 6,000 hingga 7,000 orang telah datang ke kaunter berkenaan untuk melunaskan pembayaran saman.

Katanya, diskaun sehingga 50 peratus menjadi faktor utama yang menarik minat orang ramai untuk menyerbu kaunter bayaran berkenaan.

"Kaunter dibuka bermula hari Jumaat hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang, diskaun 50 peratus itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebanyak 14 kaunter bayaran pembayaran disediakan melibatkan lima pegawai PDRM, 22 anggota PDRM dan 15 kakitangan awam berkhidmat di reruai berkenaan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, CP Dato Mohd Azman Ahmad Sapri mengajak orang ramai untuk membuat semakan awal ke atas saman yang dimiliki terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBAYAR PDRM sebelum hadir ke kaunter pembayaran bagi mengelak kesesakan di lokasi dan seterusnya bagi melancarkan proses pembayaran saman masing-masing.

Kata Dato’ Mohd Azman, pembayaran saman hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di reruai PDRM di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 2 people and text that says 'Kaunter alaysa (PDRM) Diskaun saman: 7,000 orang serbu kaunter trafik PDRM LUMPUR PDRM dan kaki- awam berkh
ArticlePublished 09 Dec 2023 6.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM