
Article
Keratan Akhbar Pilihan Produk Kosmetik Daging Khinzir Barang Seludup Bernilai Rm330k Dirampas
Kota Bharu, 20 September 2024 - Pelbagai produk kosmetik tidak berdaftar dan daging khinzir seberat empat tan dikesan cuba diseludup masuk ke negara ini.
Kota Bharu, 20 September 2024 - Pelbagai produk kosmetik tidak berdaftar dan daging khinzir seberat empat tan dikesan cuba diseludup masuk ke negara ini.
Tindakan itu dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang merampas pelbagai barangan seludup termasuk kosmetik dan daging khinzir bernilai lebih RM330,000 kelmarin.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan dilakukan Batalion 8 dan Batalion 9 PGA.
Katanya, serbuan pertama membabitkan rampasan barang runcit membabitkan nilai rampasan RM10,000 serta penahanan seorang lelaki di Jeram Perdah di sini.
“Serbuan kedua pula dilakukan di pengkalan haram ayam Lubok Gong, Rantau Panjang di sini, membabitkan rampasan kotak mengandungi kosmetik bernilai RM143,000.
“Ketika serbuan, beberapa lelaki memunggah kotak itu yang diseludup dari Thailand. Mereka bagaimanapun sempat melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.