Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Produk Kosmetik Daging Khinzir Barang Seludup Bernilai Rm330k Dirampas

Diterbitkan: 20 Sep 2024 1.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 20 September 2024 - Pelbagai produk kosmetik tidak berdaftar dan daging khinzir seberat empat tan dikesan cuba diseludup masuk ke negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-produk-kosmetik-daging-khinzir-barang-seludup-bernilai-rm330k-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:42 MYT
Kota Bharu, 20 September 2024 - Pelbagai produk kosmetik tidak berdaftar dan daging khinzir seberat empat tan dikesan cuba diseludup masuk ke negara ini.
Tindakan itu dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang merampas pelbagai barangan seludup termasuk kosmetik dan daging khinzir bernilai lebih RM330,000 kelmarin.
Rampasan menerusi operasi Op Taring Wawasan Kelantan itu dilakukan di tiga lokasi berasingan di Tumpat dan Rantau Panjang selain menahan dua lelaki dipercayai penyeludup.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan dilakukan Batalion 8 dan Batalion 9 PGA.
Katanya, serbuan pertama membabitkan rampasan barang runcit membabitkan nilai rampasan RM10,000 serta penahanan seorang lelaki di Jeram Perdah di sini.
“Serbuan kedua pula dilakukan di pengkalan haram ayam Lubok Gong, Rantau Panjang di sini, membabitkan rampasan kotak mengandungi kosmetik bernilai RM143,000.
“Ketika serbuan, beberapa lelaki memunggah kotak itu yang diseludup dari Thailand. Mereka bagaimanapun sempat melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2024 1.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM