
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Prn Sarawak 10 548 Polis Pasangan Mengundi Awal
Kuching, 9 Disember 2021 - Seramai 10,548 pengundi melibatkan pegawai dan anggota polis serta pasangan masing-masing terlibat dengan proses pengundian awal Pil...
Kuching, 9 Disember 2021 - Seramai 10,548 pengundi melibatkan pegawai dan anggota polis serta pasangan masing-masing terlibat dengan proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 14 Disember ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Ismail berkata, proses pengundian awal itu turut melibatkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan masing-masing.
"Hari undi awal itu melibatkan sebanyak 85 pusat mengundi awal dengan 111 saluran disediakan di pusat mengundi.
"Pusat mengundi di dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah, rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), pusat sumber, bilik rekreasi, bilik mesyuarat dan sekolah," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.