Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Prn Johor Polis Telah Luluskan 369 Permit

Diterbitkan: 03 Mar 2022 3.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 3 Mac 2022 - Polis Johor telah meluluskan sebanyak 369 permit bagi mengadakan kempen dan ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-prn-johor-polis-telah-luluskan-369-permit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:51 MYT
Johor Bahru, 3 Mac 2022 - Polis Johor telah meluluskan sebanyak 369 permit bagi mengadakan kempen dan ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.

Jurucakap PRN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 81 permit telah diluluskan kelmarin.

"Sementara itu, dalam tempoh sama juga, sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka melibatkan pelbagai kesalahan.

"Semalam (kelmarin) sahaja, sebanyak empat kertas siasatan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, mereka juga diminta memastikan kumpulan penyokong tidak mengganggu atau menghalang laluan lorong ketika sedang berkempen.

"Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada," ujarnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 8 people, people standing and text that says 'Polis telah luluskan 369 permit JOHOR BAHRU Polis Johor sebanyak bagi mengadakan kem- cera
ArtikelDiterbitkan 03 Mar 2022 3.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM