Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Prn Johor 11 000 Polis Pantau Prn Esok

Published: 11 Mar 2022 8.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 11 Mac 2022 - Pengundi tidak perlu risau untuk keluar menunaikan tanggungjawab esok kerana keselamatan mereka dijamin Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-prn-johor-11-000-polis-pantau-prn-esok
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:48 MYT

Johor Bahru, 11 Mac 2022 - Pengundi tidak perlu risau untuk keluar menunaikan tanggungjawab esok kerana keselamatan mereka dijamin Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, hampir 11,000 pegawai dan anggota polis digerakkan memantau kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Johor.

Katanya, persediaan PDRM sentiasa berada pada tahap siap siaga bagi memastikan segala proses bermula hari penamaan calon, kempen dan hari mengundi sebenar berjalan lancar.

"Pasukan Cantas Khas Jabatan Siasatan Jenayah turut digerakkan bagi memastikan anasir-anasir yang boleh menyebabkan kacau ganggu terhadap proses PRN ini dikekang.
"Kita akan ambil tindakan tegas jika berlaku tetapi pada masa sama PDRM berharap tiada perkara-perkara yang tidak diingini terjadi Sabtu ini. Oleh itu, pengundi boleh keluar beramai-ramai tanpa ragu-ragu pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person, outdoors and text

ArticlePublished 11 Mar 2022 8.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM