Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Prestasi Rondaan Pdrm Uji Nissan Kicks E Power Untuk Operasi Barisan Hadapan
Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka terus berevolusi seiring perkembangan teknologi automotif, apabila aspek kecekapan bahan api, k...
Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka terus berevolusi seiring perkembangan teknologi automotif, apabila aspek kecekapan bahan api, kos operasi dan elektrifikasi kini semakin diberi perhatian selain prestasi serta ketahanan bagi memenuhi tuntutan operasi moden.
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Tuan Redzuan Abd Hamid berkata, setiap teknologi baharu perlu melalui penilaian menyeluruh sebelum dipertimbangkan untuk digunakan dalam operasi pasukan.
Menurutnya, Program Penilaian "Proof of Concept" itu memberi peluang kepada PDRM menilai prestasi, praktikaliti dan kesesuaian model itu sebagai kenderaan operasi barisan hadapan dalam persekitaran sebenar.
"Hasil penilaian ini akan menyokong usaha berterusan kami dalam mengenalpasti penyelesaian mobiliti yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan operasi PDRM," katanya.