Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Premis Proses Minyak Hitam Haram Diserbu

Published: 21 Nov 2025 2.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kapar, 21 November 2025 - Kegiatan memproses minyak hitam secara haram di sebuah premis di Kapar terbongkar menerusi rampasan bernilai RM3.7 juta dalam serbuan dijalankan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang pada Rabu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-premis-proses-minyak-hitam-haram-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:56 MYT
Kapar, 21 November 2025 - Kegiatan memproses minyak hitam secara haram di sebuah premis di Kapar terbongkar menerusi rampasan bernilai RM3.7 juta dalam serbuan dijalankan Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang pada Rabu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rusley Chi Ari berkata, hasil pmeriksaan premis tersebut beroperasi tanpa sebarang permit sah daripada Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

“Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang juga pemilik premis gagal mengemukakan dokumen perniagaan yang sah ketika pasukan serbuan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di lokasi.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 56 skid tank berisi minyak hitam dengan jumlah keseluruhan 1,321,000 liter. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM3.7 juta.

“Kes disiasat di bawah Akta Jabatan Alam Sekitar dan Akta Majlis Perbandaran Klang,” jelasnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 21 Nov 2025 2.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM