Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Premis Disyaki Tempat Pati Bersembunyi Terus Digempur

Published: 07 Jan 2024 1.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 7 Januari 2024 - Pihak berkuasa terus menggempur kawasan dan premis yang disyaki menjadi tempat persembunyian pendatang asing (PATI), dalam operasi di beberapa lokasi di negara ini sepanjang minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-premis-disyaki-tempat-pati-bersembunyi-terus-digempur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:58 MYT
Kuala Lumpur, 7 Januari 2024 - Pihak berkuasa terus menggempur kawasan dan premis yang disyaki menjadi tempat persembunyian pendatang asing (PATI), dalam operasi di beberapa lokasi di negara ini sepanjang minggu lalu.

Dalam serbuan di sebuah kilang kitar semula memproses barangan terpakai di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, petang kelmarin, polis menahan 100 warga asing termasuk empat wanita.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Soffian Santong, berkata dalam serbuan jam 5 petang itu, seorang remaja warga Myanmar disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa berjaya diselamatkan.

“Satu tangkapan dibuat membabitkan lelaki tempatan berusia 60 tahun dipercayai pemilik tanah yang menyewakan kepada warga China untuk operasi kilang memproses barangan terpakai komponen elektronik.
“Siasatan awal mendapati kilang tersebut tidak mempunyai lesen perniagaan dan dipercayai beroperasi lebih kurang satu tahun setengah,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 07 Jan 2024 1.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM