
Article
Keratan Akhbar Pilihan Ppm Tumpas Sindiket Seleweng Diesel Subsidi
Kota Kinabalu, 2 Ogos 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM45 juta selepas menah...
Kota Kinabalu, 2 Ogos 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM45 juta selepas menahan dua kapal dan enam lelaki dalam serbuan di perairan daerah ini, awal pagi kelmarin.
Serbuan kira-kira jam 4.30 pagi itu hasil risikan dan pemantauan hampir sebulan oleh PPM Wilayah 4 Sabah, dengan kerjasama bersepadu pelbagai agensi penguat kuasa.
Beliau berkata, dua kapal diserbu dan enam lelaki tempatan berusia 25 hingga 43 tahun yang juga kru kapal ditahan.
“Hasil pemeriksaan menemui 250,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM535,350 yang disyaki digunakan bagi tujuan penyelewengan.
“Turut dirampas dua kapal, pelbagai peralatan dan beberapa dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.