Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Rampas Rokok Haram Bernilai Lebih Rm2 Juta Dua Tonto Ditahan

Diterbitkan: 21 Oct 2019 3.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.15 PM
Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 11,050 karton rokok tidak sah bernilai RM2.06 juta dalam satu serbuan di Lebuh Raya Pasir Gudang pada Ahad.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-rampas-rokok-haram-bernilai-lebih-rm2-juta-dua-tonto-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:52 MYT
Johor Bahru, 21 Oktober 2019 - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 11,050 karton rokok tidak sah bernilai RM2.06 juta dalam satu serbuan di Lebuh Raya Pasir Gudang pada Ahad.

Menurut Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Superintendan Noor Azman Jamal, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Khas PPM Bukit Aman disertai anggota polis dari Balai Polis Johor Jaya.

Suspek yang berusia 32 tahun membawa rokok berkenaan menggunakan sebuah lori sebagai taktik untuk mengaburi pihak berkuasa.

Seorang lagi suspek berusia 38 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Altis turut dipintas pihak polis sebelum ditahan.

Pemeriksaan mendapati, kedua dua suspek dipercayai tonto sindiket tersebut.

Bacaan lanjut menerusi pautan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-marin-rampas-11-050-karton-rokok-putih-dua-tonto-ditahan-220551?amp=1&__twitter_impression=true

Atau keratan akhbar Berita Harian, di bawah.

1
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2019 3.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.15 PM