Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Rampas Daging Kambing Gurun

Published: 27 Jan 2026 12.41 AM Updated: 15 Aug 2026 6.58 PM
Kuala Lumpur, 25 Januari 2026 - Berselindung di sebalik rumah sembelihan lembu bagi menjalankan kegiatan melapah kambing gurun yang diburu secara haram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-rampas-daging-kambing-gurun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:57 MYT
 
Kuala Lumpur, 25 Januari 2026 - Berselindung di sebalik rumah sembelihan lembu bagi menjalankan kegiatan melapah kambing gurun yang diburu secara haram.

Kegiatan haram itu bagaimanapun terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Kuantan menyerbu sebuah rumah sembelihan di Maran, Pahang dan merampas kepala dan daging kambing gurun, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan di dalam peti ais di premis itu oleh anggota PPM juga menemui beg plastik mengandungi kulit disyaki kambing gurun selain 13 plastik berisi daging yang belum dikenal pasti.

"Pemilik mendakwa ia semua miliknya tetapi gagal menunjukkan sebarang dokumen pemilikan yang sah.

"Anggota PPM kemudian menerangkan kesalahan yang dilakukan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of napkin ring and text that says 'sebalik rumah sembelihan lembu bagi menemui Rampas daging kambing gurun Kuala juga pemilik lastik disyak


ArticlePublished 27 Jan 2026 12.41 AMUpdated 15 Aug 2026 6.58 PM