Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Rampas 61 Tan Isirung Sawit Bernilai Lebih Rm2 Juta

Published: 15 May 2025 4.04 AM Updated: 15 Aug 2026 8.02 PM
Lahad Datu, 15 Mei 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sebanyak 61 tan isirung sawit (kernel) tanpa permit dalam satu serbuan di sebuah premis tidak bernombor di Jalan POIC, di sini, awal pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-rampas-61-tan-isirung-sawit-bernilai-lebih-rm2-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:10 MYT
Lahad Datu, 15 Mei 2025 - Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sebanyak 61 tan isirung sawit (kernel) tanpa permit dalam satu serbuan di sebuah premis tidak bernombor di Jalan POIC, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, dua lelaki berusia 39 dan 48 tahun yang ditemukan di kawasan berkenaan turut ditahan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, serbuan dilakukan oleh pasukan Task Force bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Lahad Datu.

"Semua suspek dan barang rampasan termasuk isirung sawit, dua buah Iori dan dua jentolak yang dianggarkan bernilai RM2,001,500 dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 5(1)(d) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (PPLMSM) 2005 kerana menyimpan isirung kelapa sawit tanpa lesen yang sah," katanya

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Asia Pulse seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text
ArticlePublished 15 May 2025 4.04 AMUpdated 15 Aug 2026 8.02 PM