Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Polis Thailand Berkongsi Maklumat

Published: 10 Oct 2024 3.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM, POLIS THAILAND BERKONGSI MAKLUMAT
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-polis-thailand-berkongsi-maklumat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:47 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM, POLIS THAILAND BERKONGSI MAKLUMAT

Kota Bharu, 10 Oktober 2024 - Pasukan Polis Marin (PPM) sentiasa berkongsi maklumat dengan polis Thailand dalam menangani isu pencerobohan nelayan asing.
Komander PPM Bukit Aman, SAC Norzaid Muhammad Said berkata, operasi bersama dijalankan bagi memastikan sempadan kedua-dua negara tidak diceroboh.
“Kita sedia maklum banyak aktiviti pencerobohan berlaku di sempadan negara kita dan Thailand maka operasi bersama sentiasa dibuat.

“Bagi isu penyelewengan diesel di tengah laut, tidak dinafikan ada berlaku tapi ia hanya kes terpencil.

“Di pihak kami memang berkongsi maklumat terutama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup agar isu ini dapat diatasi,” katanya.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 10 Oct 2024 3.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM