Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Ppm Dan Kpdn Patah Cubaan Seludup 8 534 Kg Minyak Masak

Diterbitkan: 02 Nov 2024 5.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tanah Merah, 2 November 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup 8,534 kilogram (kg) minyak masak peket ke Thailand selepas menahan sebuah lori dan dua kereta di Kampung Bukit Payong, Kelewek di sini pada Khamis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ppm-dan-kpdn-patah-cubaan-seludup-8-534-kg-minyak-masak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:11 MYT
Tanah Merah, 2 November 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup 8,534 kilogram (kg) minyak masak peket ke Thailand selepas menahan sebuah lori dan dua kereta di Kampung Bukit Payong, Kelewek di sini pada Khamis.

Serbuan jam 11.45 pagi itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Kelantan Cawangan Pasir Mas dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Pengarahnya, Encik Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan pihaknya mengesan sebuah lori jenis lsuzu disyaki membawa minyak masak bersubsidi dari luar Kelantan untuk diseleweng ke negara jiran.

“Anggota bertugas bersama PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor telah mengekori lori terbabit sehingga ke Kampung Bukit Payong.

“Hasil pemerhatian kemudian mendapati minyak masak itu dipindahkan ke dalam dua kereta jenis Proton Waja,” katanya pada Jumaat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 02 Nov 2024 5.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM