Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Wajib Pakai Kamera Badan Ketika Bertugas Pengarah Jpjkk

Diterbitkan: 01 Feb 2024 8.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 1 Februari 2024 - Kamera badan (BWC) akan disenaraikan sebagai pemakaian wajib pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penugasan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-wajib-pakai-kamera-badan-ketika-bertugas-pengarah-jpjkk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:13 MYT
Kuala Lumpur, 1 Februari 2024 - Kamera badan (BWC) akan disenaraikan sebagai pemakaian wajib pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penugasan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, mereka yang gagal mematuhi arahan pemakaian kamera badan, terutama Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Motosikal dianggap melakukan kesalahan tatatertib.

“Bagi memastikan arahan pemakaian dan penggunaan kamera itu dilaksanakan sepenuhnya, prosedur operasi standard sudah disiapkan dan sedang dikemas kini,” katanya.
Beliau berkata, penggunan kamera badan oleh pegawai dan anggota di lapangan bakal memberi impak positif terhadap isu salah laku dan masalah integriti.

Katanya, segala yang berlaku di lapangan atau lokasi penugasan sama ada membabitkan pegawai, anggota polis atau orang awam akan direkodkan.

Datuk Wan Hassan berkata, kamera itu mampu merekodkan pergerakan di lokasi serta tidak mempunyai fungsi memadam rakaman.

“Setiap pengguna merangkumi pegawai, anggota yang memakai kamera badan akan dibekalkan pengenalan khas semasa penugasan.

“BWC mampu merakam video dan audio sehingga lapan jam penugasan dan dijadikan rakaman bukti percakapan serta perbuatan pesalah (individu diperiksa),” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 2 people and text that says 'Polis wajib pakai kamera badan ketika bertugas Rakaman bantu tingkat integriti anggota, selain boleh jadi b
ArtikelDiterbitkan 01 Feb 2024 8.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM