
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Tumpaskan Operasi Kilang Haram Degil Rampasan Cecah Rm1 9 Juta
Seremban, 20 Februari 2026 - Sebuah kilang di Senawang, di sini, yang baru sahaja diserbu pihak berkuasa pada Oktober tahun lalu kerana menjalankan aktiviti pe...
Seremban, 20 Februari 2026 - Sebuah kilang di Senawang, di sini, yang baru sahaja diserbu pihak berkuasa pada Oktober tahun lalu kerana menjalankan aktiviti peleburan plastik secara haram didapati masih aktif melakukan kegiatan sama.
Dalam serbuan terbaharu pada 16 Februari lalu, pihak berkuasa merampas 115 tan metrik bahan karbon hitam hancur (HPA) dianggarkan bernilai RM557,000.
Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Alzafny Ahmad berkata, turut disita tiga mesin penghancur plastik menjadikan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.9 juta.
“Bertindak atas maklumat Op Hazard e-waste, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Negeri Sembilan dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan melancarkan operasi berkenaan.
“Maklumat yang diterima membabitkan kegiatan sisa elektronik tanpa kelulusan pihak berkuasa. Bagaimanapun hasil serbuan menemui 115 tan HPA yang dianggarkan bernilai RM577,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini, semalam.