Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Trafik Lakukan 109 Tangkapan Keluar 21 200 Saman

Diterbitkan: 24 Nov 2023 2.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 24 November 2023 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengeluarkan sebanyak 21,200 saman dengan 109 tangkapan melalui Op Perdagangan sejak 20 September hingga 14 November lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-trafik-lakukan-109-tangkapan-keluar-21-200-saman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:35 MYT
Kuala Lumpur, 24 November 2023 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengeluarkan sebanyak 21,200 saman dengan 109 tangkapan melalui Op Perdagangan sejak 20 September hingga 14 November lalu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah tersebut hasil daripada 135,193 kenderaan yang diperiksa JSPT dalam tempoh itu.

“Kita memandang serius terhadap kes kemalangan melibatkan kenderaan berat antaranya lori dan bas yang mengorbankan nyawa orang ramai yang tidak bersalah,” katanya dalam Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, pada Khamis.

Tan Sri Razarudin berkata, JSPT telah mengambil langkah proaktit dengan melaksanakan Op Perdagangan secara berterusan ke atas kenderaan berat bagi memastikan para pemandu dan pengusaha syarikat pengangkutan mematuhi peraturan jalan raya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 5 people and text that says 'KUALA LUMPUR Jabatan Penguatkuasaan JSPT) memastikan saman Polis trafik lakukan 109 tangkapan, keluar 21,20
ArtikelDiterbitkan 24 Nov 2023 2.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM