Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tidak Beri Kebenaran Umno Anjur Perhimpunan Tiada Permohonan Daripada Lain Lain Pihak Untuk Berhimpun

Published: 05 Jan 2025 1.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 5 Januari 2025 - Polis tidak memberikan kebenaran untuk Himpunan Solidariti Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak berkait isu Titah Adendum di Istana Kehakiman, Putrajaya, yang dirancang diadakan esok.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-tidak-beri-kebenaran-umno-anjur-perhimpunan-tiada-permohonan-daripada-lain-lain-pihak-untuk-berhimpun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:33 MYT
Keratan Akhbar Pilihan Polis Tidak Beri Kebenaran Umno Anjur Perhimpunan Tiada Permohonan Daripada Lain Lain Pihak Untuk Berhimpun
Home / Article / Keratan Akhbar Pilihan Polis Tidak Beri Kebenaran Umno Anjur Perhimpunan Tiada Permohonan Daripada Lain Lain Pihak Untuk Berhimpun
Back to Library
Article

Keratan Akhbar Pilihan Polis Tidak Beri Kebenaran Umno Anjur Perhimpunan Tiada Permohonan Daripada Lain Lain Pihak Untuk Berhimpun

Kuala Lumpur, 5 Januari 2025 - Polis tidak memberikan kebenaran untuk Himpunan Solidariti Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak berkait isu Titah Adendum di...

Kuala Lumpur, 5 Januari 2025 - Polis tidak memberikan kebenaran untuk Himpunan Solidariti Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak berkait isu Titah Adendum di Istana Kehakiman, Putrajaya, yang dirancang diadakan esok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed, berkata permohonan berhubung penganjuran himpunan itu ada diterima polis pada 31 Disember lalu, namun terpaksa ditolak kerana tidak lengkap.

“Kita terima permohonan daripada pihak UMNO, namun selepas disemak, didapati permohonan tidak lengkap dan polis menolak kebenaran untuk himpunan itu.

“Pemakluman penolakan permohonan disampaikan kepada pihak penganjur pada 3 Januari 2025 (kelmarin),” katanya dalam kenyataan ringkas, semalam.

Beliau berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak lain berhubung penganjuran himpunan berkenaan.

Kawalan keselamatan Bagaimanapun, katanya, seramai 456 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan membuat kawalan keselamatan di Istana Kehakiman dan kawasan sekitarnya, esok.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


ArticlePublished 05 Jan 2025 1.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM